Wednesday 5 December 2012

Membeli dengan Strategi Ringgit Seterusnya

Membeli benda dengan menggunakan wang merupakan satu kemahiran hidup yang perlu dipelajari oleh muird berkeperluan khas. Untuk murid yang mempunyai masalah mengira wang terutamanya duit syiling, satu strategi membeli yang lebih ringkas boleh diajarkan kepada mereka. Strategi tersebut dinamakan strategi Ringgit Seterusnya. Strategi ini terdiri daripada langkah-langkah di bawah yang boleh diajarkan kepada murid:


  1. Ajar murid untuk melihat harga benda. Contohnya: RM3.45
  2. Minta murid bertanyakan diri: Apakah ringgit yang ditunjukkan? Jawapan: RM3.00
  3. Seterusnya minta murid bertanyakan diri: Terdapat sen tak? Jawapan: Ada/ Tiada
  4. Murid membuat keputusan:
       Kalau ADA sen, perlu tambah seringgit.
                  Murid membilang keluar tTIGA keping RM1 
                  Kemudian tambahkan satu lagi keping RM1 untuk diberikan kepada pekedai.

       Kalau TIADA sen, tidak perlu tambah seringgit
                  Murid membilang keluar TIGA keping RM1  untuk diberikan kepada pekedai
   
Tambahan ringgit seterusnya adalah untuk menggantikan nilai sen RM 0.45. Dengan cara ini, murid akan berasa lebih yakin untuk membuat pembelian. Selain itu, mereka juga kurang akan ditipu semasa membuat pembelian.
Seorang guru pendidikan khas yang mengajar di sekolah menengah telah mencuba strategi ini dengan muridnya. Berdasarkan beliau , 'murid menyatakan bahawa kaedah ini lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membayar. Keresahan mereka sama ada nilai wang yang dikira adalah betul atau tidak juga berkurang. Mereka juga berasa kurang tertekan apabila membuat pembelian'.


Sejarah Matawang Malaysia

1899 Matawang kertas pertama diterbitkan oleh Kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak

1906 Kerajaan menyandarkan matawang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Tiap 1 dolar selat setara dengan 2 sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang mas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Dengan demikian tiap keping wang mas setara dengan 20 sterling. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada Kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya.

1954 Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (logam) yang kemudiannya diganti dolar Malaya.

1958 Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk pencetakan mata wang.

1967 Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia menggantikan dolar.

1975 Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama.

1998 Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.8 untuk setiap 1 USD

 






Wang bagi operasi tambah

Bidang: Akademik » Matematik                         
Jenis Ketidakupayaan:Masalah Pembelajaran
Peringkat Pendidikan:Rendah Tahap 2 
Aras:3 (Tinggi)
Domain: Kognitif



Sukatan Pelajaran: 
8.8 Menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai wang. 

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Operasi Tambah dan Tolak.

Objektif: 
1. Mengenali nilai wang syiling dan wang kertas dengan betul. 2. Mengaplikasi penggunaan wang bagi operasi tambah dan tolak dalam kehidupan seharian. 

Kemahiran Sedia Ada: 
Murid kenal wang. 

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mengenalpasti jenis wang syiling atau wang kertas. 2. Mengetahui nilai wang syiling dan wang kertas. 3. Membina ayat matematik berdasarkan operasi tambah. 4. Menyelesaikan operasi tambah. 

Bahan Bantu Mengajar: 
1. Komputer, 2. LCD, 3. Bahan Audio. 4. Contoh wang syiling dan contoh wang kertas. 5. Alatan permainan seperti kereta, van, komputer, piano dan rantai.
Deskripsi: 
1. Guru menyediakan beberapa keping wang syiling dan wang kertas di dalam kotak misteri.
2. Beberapa orang murid diminta secara rawak tampil ke hadapan untuk mengambil wang syiling dan wang
kertas tersebut.

3. Murid menyebut jenis wang yang di ambil sama ada wang syiling atau wang kertas dengan betul.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid


1. Guru meminta murid membuat dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang murid. 2. Guru membimbing murid membina ayat matematik berdasarkan operasi tambah dengan menggunakan wang kertas dan wang syiling. 


Contoh operasi penambahan bentuk lazim.

Penambahan bentuk lazim.

Operasi penambahan bentuk lazim.






 Penutup

1. Guru bertanya kepada murid tentang pembelajaran pada hari ini. Murid menjawab pertanyaan guru. 2. Murid membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini. 3. Guru memberikan pujian kepada murid sebagai pengukuhan kerana dapat mengikuti pelajaran hari ini dengan baik. 


 

KADAR PERTUKARAN MATAWANG ASING UNTUK KERAJAAN MALAYSIA

                                     JANUARI 2012


MATAWANG MTA RM = 1 UNIT
Algerian Dinar
DZD
0.0425
Argentine Peso
ARS
0.7373
Australian Dollar
AUD
3.2282
Bahraini Dinar
BHD
8.3768
Bolivian Boliviano
BOB
0.4579
Brazil Real
BRL
1.7246
British Pound
GBP
4.9815
Brunei Dollar
BND
2.4649
Canadian Dollar
CAD
3.1166
China Renminbi
CNY
0.5021
Croatian Kuna
HRK
0.5564
Cypriot Pound
CYP
7.8755
Czech Koruna
CZK
0.1639
Egyptian Pound
EGP
0.5250
Estonian Kroon
EEK
0.2700
Ethiopian Birr
ETB
0.1837
Algerian Dinar
DZD
0.0425
Argentine Peso
ARS
0.7373
Australian Dollar
AUD
3.2282
Bahraini Dinar
BHD
8.3768
Bolivian Boliviano
BOB
0.4579
Brazil Real
BRL
1.7246
British Pound
GBP
4.9815
Euro
EUR
4.2128

Friday 16 November 2012

Wang


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.