- Ajar murid untuk melihat harga benda. Contohnya: RM3.45
- Minta murid bertanyakan diri: Apakah ringgit yang ditunjukkan? Jawapan: RM3.00
- Seterusnya minta murid bertanyakan diri: Terdapat sen tak? Jawapan: Ada/ Tiada
- Murid membuat keputusan:
Murid membilang keluar tTIGA keping RM1
Kemudian tambahkan satu lagi keping RM1 untuk diberikan kepada pekedai.
Kalau TIADA sen, tidak perlu tambah seringgit
Murid membilang keluar TIGA keping RM1 untuk diberikan kepada pekedai
Tambahan ringgit seterusnya adalah untuk menggantikan nilai sen RM 0.45. Dengan cara ini, murid akan berasa lebih yakin untuk membuat pembelian. Selain itu, mereka juga kurang akan ditipu semasa membuat pembelian.
Seorang guru pendidikan khas yang mengajar di sekolah menengah telah mencuba strategi ini dengan muridnya. Berdasarkan beliau , 'murid menyatakan bahawa kaedah ini lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membayar. Keresahan mereka sama ada nilai wang yang dikira adalah betul atau tidak juga berkurang. Mereka juga berasa kurang tertekan apabila membuat pembelian'.
maklumat yang berguna. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
ReplyDeleteMaklumat yang sesuai untuk murid yang lemah menggunakan wang. Teruskan usaha cikgu.
ReplyDeletePaparan yang menarik...tahniah
ReplyDeletemaklumat yang jelas, sesuai untuk murid!!!
ReplyDeletepenyampaian maklumat yang menarik.
ReplyDelete